Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Jawatankuasa Pelaksana Kursus Tambahan telah bersetuju supaya peperiksaan kursus tambahan ini dilaksanakan pada 23 dan 24 Julai 2011 (Sabtu dan Ahad) sahaja. Ini dengan mengambil maklum kepada maklum balas yang diterima daripada graduan yang terpaksa mengambil cuti tambahan sekiranya peperiksaan diadakan sehingga 25 Julai 2011. Lokasi peperiksaan masih lagi seperti yang dimaklumkan terdahulu iaitu:
1) UniMAP, Perlis
2) UPM, Selangor
3) UMS, Sabah
4) UNIMAS, Sarawak
Sukacita diingatkan semula sepaya graduan yang akan menduduki peperiksaan di UMS, UNIMAS serta yang bercadang untuk mengubah lokasi menduduki peperiksaan, sila hubungi dengan pegawai bertanggungjawab PPK masing-masing untuk perubahan tersebut. Tarikh akhir perubahan adalah pada 15 Julai 2011.
Sekian, harap maklum dan terima kasih.
9 comments:
salam..
saya tidak bersetuju dengan cadangan peperiksaan dilaksanakan dalam masa 2 hari iaitu 23 dan 24.ini akan membebankan kami..
saya hanya bersetuju dengan peperiksaan dijalankan satu hari satu subjek.
ya, saya bersetuju jugak... 1 ari 1 paper...
en...saya ingin mencadangkan lecturer supaya mengupload solution utk soalan2 tutor...kami yg belajar jarak jauh...or tanpa menghadiri kelas agak terkapai2 untuk belajar..dan membuat latihan...kami juga tidak pasti samada solution yg dibuat betol atau tidak..
masalahnya , nota yang diberi tak der contoh contoh pun. kalo nota jer down load internet boleh. sediakan nota lepastu contoh tak der. apakabenda la unimap ni...
Saya tak setuju exam 2 hari je..komitmen pd kerja menyebabkan kami kesuntukan masa utk study..Harap dapatkan maklum balas dr SEMUA graduan yg mengikuti topap course ni. tq
To Lecturer from PPKSE(EI), could you kindly please upload the answer for the tutorial given? It really is HARD n since I'm one of the PJJ, I have no one to ask! It's been years since I've read the electronic stuff n I do want to pass this exam (at least).. Pls consider.. TQ
Salam.
Atas komitmen kerjalah, saya antara alumni yang memohon pihak UniMAP menimbangkan untuk mengadakan peperiksaan selama 2 hari saja. Maka, tak perlu mohon cuti tambahan untuk 25hb Julai.
Salam,
pasal tarikh exam tu,saya tadak mslh sbb sy cuti 3 minggu starting 20/07..mslh skang ialah,psl assgmnt tu..dahla xda msa nk study sbb keja(offshore - tgh shutdown platform for 1 week,pre-shutdown 1 week,& post-shutdown 2 weeks..and keja pon lbh krg 20 jam sehari),apatah lg nk jwb soklan2..dahla PJJ,xda dpt pegi kelas,xda lecturer yg boleh bantu kalau nk tnya soklan etc..so pls consider la utk solution assgmnt ke ape ke..atleast there's something for us..
1 lg prob, tlg la lecturers yang upload nota dlm blog tuh, tlg la review , n kalo ade salah, cpt2 la betolkan...kesian betol pd yg PJJ. dhla PJJ, pastu refer notes yang ade byk salah...kl kitrg yg msk kelas nih pom kompius, cmne la yg PJJ tu, terpinga2 la jwb nyer...pls la, b4 study week...
Post a Comment