Friday, June 24, 2011

PENGESAHAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN DI UMS DAN UNIMAS

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Kepada graduan yang akan menduduki peperiksaan di UMS dan UNIMAS, anda dikehendaki berhubung dengan pegawai bertanggungjawab atau Penolong Pendaftar PPK masing-masing untuk pengesahan. Ini bagi membolehkan penyediaan kertas soalan dan jawapan dapat disediakan mengikut jumlah yang mendaftar. Tarikh akhir untuk memaklumkan kepad PPK masing-masing ini adalah pada 15 Julai 2011. Bagi graduan yang telah mendaftar untuk menghadiri kuliah di UPM dan UniMAP tetapi akan menduduki peperiksaan di UMS dan UNIMAS, anda perlu memaklumkan kepada PPK masing-masing.

Juga kepada graduan yang bercadang untuk berpindah lokasi peperiksaan iaitu tidak sama dengan pendaftaran awal, juga perlu hubungi pihak PPK untuk pengesahan.

Sila hubungi pegawai yang berkaitan samada melalui telefon atau email.



Sekian, harap maklum dan terima kasih.

9 comments:

Anonymous said...

mohon dilewat kan tarikh akhir hantar assigment tu. tengah menelaah buku ni. lambat nak paham sengsorang niiiii............. alahai

Anonymous said...

I have registered to attend class in UPM, does it means that my name will automatically registered for having my exam on 23-25 July at UPM or i need to register separately for the location where i wish to sit for the exam.

Anonymous said...

Tarikh penghantaran tugasan telah dicadangkan pada hari peperiksaan nanti. Pengumuman rasmi akan dikeluarkan.

Kepada yang telah mendaftar, anda boleh membuat pertukaran lokasi peperiksaan dengan menghubungi pegawai di PPK tersebut. Tarikh akhir utk membuat pertukaran adlah pada 15 Julai 2011. Selepas dari tarikh tersebut, graduan adakan dikira bersetuju menduduki peperiksaan dilokasi yang didaftar dahulu.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

Fauzi Baharom
Penolong Pendaftar
Bhg. Pengurusan Akademik

Anonymous said...

Elok dan setuju sangat ler tu dicadangkan hantar hari exam. Ada ke patut yang kat UPM dalam seminggu nak kena hantar 3 assignment. Ingat tak payah buat keje lain ker. 8 - 5 pegi kerja. Malam jaga anak. Belum yang OT lagi tu. Minggu ni masuk kelas mainggu depan kena submit.. Yang amik kat UniMAP best la dah la amik kelas awal banyak la masanya....

Anonymous said...

Masalahnya yang kat unimap adeke patut mintak jawapan kat bebudak yang kat UPm.hehehehehe.rasa cam kelakar la plak kan.

Anonymous said...

aku ni tak pegi kelas, nak study lagikan pulak. bukan tak mahu, keja nak rehat pun payah, balik sibuk ngan urusan umah tangga, lagikan nak g cari beli buku.

nota mohon di lengkapkan.....

Anonymous said...

koorang kat upm tu jgn la bxxxx sagat. mintak la kat pensyarah upm tu tanya la jawapan dia. apakabenda la tu pun nak diajar

Anonymous said...

weh namapun lecturer bidang terjun ..ingat depa nak ajar ke cecara buat tutorial, buat assignment?.Certain lecturer memang dedicated tapi ade certain yang cuma buat"ada aku kesah"janji poket aku masyuk dah.feduli ape aku nak tahu depa paham ke dak?

Bukan tak tanya ..tanya tapi depa sendiri pun tak berapa sangat nak tolong.mungkin sebab sylibus kita tak sama ngan upm.

Mungkin lain ceritanya kalu notes, bahan kuliah dan assignment disediakan oleh lecturer upm sendiri.

Rasanya kat unimap tak dak masalah kot macam ni dah orang kita sendiri yang mengajo nyer

Anonymous said...

Syoknye la yang topup kat UniMap ni, yang dah jadi PLV tu lagi syok la nooo... UPM jer teruk... Kelakar la tanya asignment kat budak2 UPM.... Wakakakakakaka....