Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Kepada semua graduan yang mengikuti kuliah kursus tambahan di UPM, sukacita dimaklumkan bahawa penginapan untuk semua graduan adalah di Kolej Kediaman Ke 10 (KK10) yang bersebelahan dengan Fakulti Kejuruteraan UPM. Minggu lepas, hanya graduan lelaki sahaja yang dapat menduduki kolej tersebut. Mulai minggu ini, 24 Jun 2011, graduan perempuan juga akan diberi kemudahan penginapan di KK10 tersebut.
Kepada graduan yang memerlukan penginapan, sila hubungi En Rizuan Abdullah, 012-2467210 untuk urusan pengambilan kunci. Mohon dihubungi lebih awal bagi membolahkan beliau membuat persediaan awal. Masa mendaftar pada 24 Jun 2011 tersebut adalah sehingga jam 10.00 malam. Dan pejabat KK10 akan dibuka juga pada hari Sabtu dan Ahad (25 & 26 Jun 2011) untuk urusan pendaftaran.
Sekian, harap maklum dan terima kasih.
0 comments:
Post a Comment