KEPUTUSAN PEPERIKSAAN KURSUS TAMBAHAN GRADUAN 2007, 2008 & 2009
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Untuk makluman semua, keputusan peperiksaan tersebut boleh diekses melalui: http://osi.unimap.edu.my . Username:no matrik .Password: no IC .
Sekian, harap maklum dan terima kasih.
53 comments:
mohon pertanyaan, D- adakah fail dan perlu repeat?
Kepada PPKSE (Elektronik Ind)
Slip keputusan saya hanya keluar untuk satu subjek sahaja (Lulus). Adakah ini kerana 2lagi subjek tidak lulus?
mcm mn nk tau lulus ke x? xde pun tulis lulus atau gagal
Maklumat tidak dijumpai??? rasa mcm aku amik exam ari tu...???
Allhamdulillah lulus,Thanks UniMAP.Harap dpt register dgn BEM seberapa segera. Bile bleh dpt transcript utk top-up ne ek..
alhamdulillah, 3-3 paper pass.. thanx a lot UniMAP.. :) hopefully pasni da xde prob b'kenaan isu akreditasi.. ;)
Baru lepas paper exam jer.... akreditasi taktau cite lagi... tengok2 BEM tak bagi, tambah topup lagi.....
Macam hari tu ler.. yeye je suruh org submit borang BEM... last2 hampeh jugak...
unimap. tolong jawab, kalaulah dapat d- ia lulus atau fail???
kenapa result yang dikeluarkan ada gred a, b,c,d,d,dan seterusnya???
bukan lulus tau gagal ka??
Itu la pasal hari tu kata lulus atau gagal jer....
Tapi kalau cek sebelah petang diorang dah tukar dah dari gred ke lulus gagal...
D gagal ke?kalu gagal nk buat cane?
aik aku yg x dtg kelas langsung pun leh lulus..haha..tq unimap
betul la..pg td ade gred..mlm check lulus or gagal plak..
assalamualaikum..kenapa gred saya jatuh...bkn ke exam ni just lulus gagal j...
alhamdulillah lulus.terima kasih unimap.harap2 lepas ni akan dapat akreditasi jpa.insyaALAH..
sungguh hebat unimap. 3 subjek susah ramai pelajar lulus dalam masa sebulan. pasni degree engineering boleh buat dari 4 tahun jadi 1 tahun lebih je a. tahniah.
assalamualaikum...nak bertanya kat PPKSE...kenapa pngk saya jatuh..setahu saya kursus top-up ni just lulus gagal..TQ..HARAP MAKLUM
Assalamualaikum.
Semua paper lulus. Terima kasih kepada semua tenaga pengajar. Kepada semua rakan2 sama ada yang lulus atau tak lulus, samada pointer jatuh atau tak jatuh, mohon bersabar dulu. Aku yakin UniMAP tidak memperjudikan nasib kita dan reputasi mereka. Sekarang kita dah lepas fasa 1, iaitu pengambilan kursus topus untuk 6 kredit tambahan. Mari kita sama2 menanti apakah fasa kedua. UniMAP sudah pasti tidak akan berusaha separuh jalan. Saya memohon pihak UniMAP untuk menjelaskan langkah ke-2 dan seterusnya kepada semua bekas graduan yang terlibat. Kita sebagai bekas pelajar akan menanti langkah2 tersebut sampai kita diakreditasi. Kawan2 semua, aku pun tenaga pengajar juga, jadi aku paham sedikit sebanyak rasa tersepit staf UniMAP. Cuma aku dan sahabat2 seangkatan aku lebih perit sebab gaji pun kena potong. Tapi aku cuba sabag, sebab aku kenangkan orang lain dan kawan2 yang masih tak dapat keja tetap. Tapi, aku tetap akan berjuang seiring dengan UniMAP demi mendapat akreditasi. Kalau diakhir perjalanan kita, kita masih lagi tidak diakreditasi, barulah kita boleh menggunakan saluran yang lebih serius lagi, bagi menangani masalah akreditasi ni. Ingatlah rezeki yang kita dapat datang dari Allah, bukan UniMAP atau BEM. Kenapa kita diuji dengan masalah akreditasi ni pun sebahagian dari ketentuan NYA. Kalau sesuatu masalah yang timbul tidak menyebabkan kita mati, sebenarnya masalah itu membuatkan kita lebih kuat. Memang kalau segelintir kawan2 baca komen aku, bunyi macam 'backing' UniMAP, tapi tolong fikir kembali, aku tak dapat apa kelebihan dari UniMAP, aku keja pun kat tempat lain, bukan UniMAP. Tambahan gaji aku jauh lebih kecil berbanding kawan2 di swasta. Akhir kata, mai kita sama tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak. La bulan puasa, api kemarahan tu padam2 la sikit. Ambik kesempatan sikit, sahabat2 aku, selamat puasa dan selamat raya, hati2 dijalan raya, tak lupa semua staf UniMAP.
aku sokong mu pian..tgu next step..nak claim gaji yg kena potong tuh..
amboi, bukan main semangat cek abang ni... jangan cakap saja, buat itu lebih utama dari yang lain..
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Untuk makluman, hanya markah lulus dan gagal sahaja yang diberikan kepada keputusan kursus tambahan ini. Dan hanya kursus yang lulus sahaja yang dipaparkan. Sekiranya anda telah menduduki 3 kursus dan keputusan hanya memaparkan 2 kursus sahaja, maka 1 kursus tersebut adalah gagal.
Syarat yang telah ditetapkan oleh BEM adalah graduan perlu menduduki dan lulus ketiga-tiga kursus tambahan tersebut. Maka, kepada yang gagal, anda perlu menduduki semula kursus berkenaan yang akan diadakan pada bulan Januari, Jun dan Disember 2012 nanti. Hanya peperiksaan sahaja yang akan dilaksanakan. Kepada graduan yang telah mengemukakan tugasan namun gagal dalam kursus, anda hanya perlu menduduki peperiksaan sahaja tanpa perlu mengemukakan kerja kursus baru. Manakala kepada graduan yang baru pertama kali akan menduduki peperiksaan, tugasan baru akan diupload ke portal elearning dan perlu dikemukakan kepada PPK masing-masing.
Untuk makluman , keputusan peperiksaan kursus tambahan ini TIDAK dikira didalam PNGK. So, PNGK adalah kekal sebagaimana anda bergraduat.
Sekian, harap makklum dan terima kasih.
Fauzi Baharom
Penolong Pendaftar
Bhg Pengurusan Akademik
bagaimana pula proses pendaftaran di bem??? adakah sudah boleh dilakukan atau bagaimana?
bagaimana kalo pihak unimap buat seali dan hantar. itu lebih memudahkan dan mengurangkan kerenah birokrasi???
bagaimana pula proses untuk memohon kembali status ijazah kejuruteraan bagi mereka yang bekerja disektor kerajaan???
ini kerana mereka yang bekerja di sektor kerajaan ni kena potong gaji rm 300 sebulan. kalo dahambil top up, dah buat apa yang patut, tapi kami di inaya mcm ni tak guna jugaaa......
jadi apakah langkah yang unimap buat untuk mengatasi masalah ini????
satu lagi , pihak unimap perlulah canang-canangkan di utusan malaysia, tv, astro, dan banyak lagi . bg tau la graduan yang tidak di iktiraf telah pun diiktiraf. bg tau seluruh dunia.kan unimap suka benda mcm ni kan..............
mohonla dijawab. jangan tido dibulan puasa ini.............
tq
Jgn la canangkan yg graduan Unimap br diiktiraf setelah 4 thn bekerja...malu la aku..apadaaa En Anonymous..bikin malu daaaa
kepada rakan2 yg baru jer abis dan dapat result kursus topup ni..tahniah la bg yg da lulus..ok untuk makluman sy dan beberpa rkan yg telah lulus kursus topup n telah diiktiraf pd 2010 telah berjaya n lulus berdaftar dgn BEM. Utk kos Sistem ELektrik ramai yg sudah apply untuk berdaftar dgn BEM. So utk yg baru lulus xyah risau lah utk dftar dgn BEM tu..Xpcya? aku dah lulus BERDAFTAR JURUTERA SISWAZAH start bulan 5 aritu hehe.. n rakan aku dak Sistem Elektrik org pertama berdaftar dgn IEM..hehe.. Good luck...
betul ke yg dipapar hanya yg lulus shj tp knp sy punye yg gagal pn dipaparkan??
kalo dh lulus sume ni, pihak unimap akn kluarkan sijil atau ape2 pengesahan ke yg kami dh lulus sume kursus topup ni??
we passed the top up. thanks to all of you for the support and cooperation. we had a good, memorial time during the top up classes. Take care.:)
Kelulusan ini menjadikan hari raya aidilfitri yg bakal menjelang nanti lebih bermakna...
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca. Maaf zahir batin.
lepas lulus semua ape perlu buat?? kena daftar terus ngn BEM ka?? confius..tlg jawab
kalau fail ni camne lak??aduhhh sia2 amik cuti keje..
lepas lulus duk dediam ajelah
wahai penghuni semua, dikesempatan ini ku mohon ampun dan kemaafan atas segala kesalahan yang dilakukan samaada didalam blog ini atau dimana-mana sahaja.banyak kata-kata kesat dilemparkan dalam blog ini. ini kerana tempat ini sahajalah untuk menluahkan erasaan dan mengadu nasib disamping mendesak pihak unimap bergiat cergas membela nasib anak bangsanya yang ditipu. kalo tak buat begini, masakan unimap akan rasa bersalah. apa-apa pun mohon maaf. buruk macamnaapun rupa unimap, disitulah aku mendapatkan ilmu suatu ketika dahulu.
selamat hari raya maaf zahir dan batin
hamba Allah ijazah tidak di iktiraf........
Slm wbr...
Sy ada call BEM utk register sbg Jurutera Siswazah... ada syarat la plak...
Semua pengesahan sijil-sijil mestilah DISAHKAN oleh Jurutera Profesional yg aktif..mana nak cari ni..
Sy cadangkan pihak unimap aje yg uruskan lg senang untuk dilayan oleh BEM. Lgpun kat unimap ramai yang Jurutera Siswazah..
Pihak Unimap mintak respon dan tolonglah siswazah tuan utk berdaftar...
Selamat Hari Raya
Mohon maaf jika ini menyusahkan Unimap.
Salam,
Just for sharing.
Untuk makluman mmg benar semua sijil-sijil perlu mendapat pengesahan drp jurutera profesional(Ir).Untuk dapatkan pengesahan dari jurutera profesional di unimap pon boleh. Diunimap pon terdapat ramai jurutera profesional. Tinggal usaha sikit je lagi :)
Cadangan supaya menyuruh UniMAP uruskan bukan cadangan yang bijak,kerana BEM tidak akan melayan mana2 pemohonan secara bulk. Itu yang terjadi semasa pemohonan terdahulu.
so, satu cara untuk pastikan pemohonan anda dilayan. kena buat pemohonan sendiri.
Sekadar berkongsi maklumat.
ble trankrip original nk di keluarkan????
bile niee Budinnn
Salam..
Mungkin terlalu awal untuk bertanya..
tapi bila result discipline kat BEM utk batch yg dibincang kan ni boleh keluar?
Boleh follow up sikit?
Selamat hari raya buat warga UniMAP.
rujukan terbaru:
http://www.eac.org.my/web/document/list%20of%20accredited%20programmes/UniMAP%20%28ed%20coding%20mech%2029062011%20%29%20.pdf
Abang K'
Batch 05
ble traskrip nk kua nie???
slownye keje..kalau slow sangat apalah salahnya ambil kitaorang ni kerja kan
unimap dah hantar senarai nama ke bem ke belum yang lulus top up hari tu...??/ tolong lah hantar cepat kami orang mau daftar tak dapat ni kerana unimap tidak memberi senarai \nama yang lulus top up kepada bem.
nak hantar senarai nama pun susah jugak ker........???
nak kena panggil tv 3 bru nak hantar
rilek bro jgn panggil TV3, panggil cosmo je..
bagi la Unimap masa sket, masih mood raye lg ni, ade yg blom masuk pn ade...
UNIMAP mahu jadi pusat rujukan KEJURUTERAAN burung walit...astro awani
Iktiraf tak?
Apa la korang ni... Banyak2 kan le bersabar. Kalau bulan puasa kita boleh bersabar, lepas bulan puasa pun kita kena teruskan bersabar. Takde ruginya kita bersabar kerana sabar itu separuh drpd iman...
memang la boleh bersabar. Tp pihak Unimap seharusnya mengambil langkah lebih awal dalam memberikan maklumat yang bersarang didalam minda kami. Pihak Unimap seharusnya menjawab segala persoalan yang dilontarkan disini dan tidak hanya membiarkannya sahaja tanpa sebarang maklumbalas. apalah gunanya blog ini sekiranya hanya untuk bertepuk sebelah tangan sahaja.
Mohon tindakan drastik dan proaktif pihak pengurusan.
haiii....
macam mana saya nak tahu assignment saya pass or fail?
haii...
macam mana nak tahu assignment saya pass or fail??
watpe nk tau assingment pas ke fail. asalkan exam lulus udahle. markah assignment kan dh include dlm markah final.
unimap ni berangan jer lebih kot,. burung walit la , apa la, satu habuk pun tak jadi buat perrr. nak gah, yang terlanjur tu setelkan la dulu. mcm simpan bara dalam sekam la. sabar-sabar sabar. memang melayu mudah lupa...............
bile nk dapat transkrip top-up ni.. nk tgk camaner reaksi BEM...pls reply...
“Berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu orang-orang yang pada waktu ditimpa musibah, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah milik Allah, dan kepada-Nyalah kami akan kembali. Mereka itulah yang mendapat keberkatan dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang memperoleh petunjuk.”
(Al-Baqarah: 156-157)
So...Lebih Baik Bersabar daripada mencerca dan mencela...InsyaAllah ada keberkatannya....
kalo tak mencerca apa yang unimap akan lakukan. bila tak lakukan/usaha ada ke hasilnya???
kalo tak der hasil ada ke tuhan nak bagi tanpa usaha???
umpama anjing menyalak bukit; salakan didengar,bukit xgoyah..
xperlu mencaci,memaki.kalau rasa dah hina sangat universiti ni sbb jejaskan impian korang nk jd jurutera, tuka je keja,masuk sektor swasta...gaji berkepok2,xteringin pon diorg nk tgk ijazah korang pon,BEM certified ke x...janji taw buat keja....xpon, kalo teringin sgt jd penjawat awam, tuka saja bidang lain...besepah skim yg ada...N,M,DG,DS,T,X,KB...hentikanlah menyalak macam makhluk xde akhlak ni...malu sangat la kalo korang mengaku siswazah.ishhh...malu la... unless kalo dh mmg jenis xmalu la,kan? kan? kan? =)
"Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia" _ Hadis sahih
Post a Comment