Monday, October 31, 2011

Peperiksan Ke Dua Kursus Tambahan Graduan UniMAP

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.


UniMAP mengambil maklum mengenai mengenai keperluan untuk melaksanakan peperiksaan kali kedua kursus tambahan bagi semua graduan yang memerlukannya.

Graduan 2007, 2008 dan 2009.

Sukacita dimaklumkan bahawa kepada graduan 2007, 2008 dan 2009 yang telah menduduki peperiksaan kali pertama pada 23-24 Julai 2011 lalu di mana keputusan mereka tidak dipamerkan, anda perlu menduduki semula peperiksaan ini bagi kursus yang berkenaan sahaja. Manakala bagi graduan yang belum pernah menduduki peperiksaan kursus tambahan ini lagi, anda perlu mengemukakan kerja kursus yang akan diupload ke portal elearning dan diserahkan kepada pusat pengajian masing-masing pada hari peperiksaan nanti.

Graduan 2010 dan 2011.

Kepada graduan 2010 dan 2011 yang belum menduduki peperiksaan kursus tambahan, anda perlu mendudukinya bagi membolehkan anda mendaftar sebagai Jurutera Siswazah dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM). Walau pun program ini telah mendapat mengiktirafan oleh BEM, namun bagi tujuan pendaftaran, hanya transkrip yang mempunyai kursus tambahan sahaja yang diterima oleh BEM. Begitu juga kepada graduan 2010 dan 2011 yang telah menduduki peperiksaan ini tetapi mendapat gred kurang dari C. Maka anda juga perlu menduduki peperiksaan ini semula untuk memperbaiki pencapaian. Kursus yang sama yang telah ditawarkan kepada graduan 2010 dan 2011 akan ditawarkan semula pada kali ini.

Untuk kali ini, hanya peperiksaan yang akan dilaksanakan bagi semua kumpulan graduan. Nota kuliah akan diupload ke portal elearning sebagaimana yang dilaksanakan untuk graduan 2007, 2008 dan 2009.

Tarikh peperiksaan yang dicadangkan oleh UniMAP adalah pada 7 & 8 Januari 2011. Ini bagi membolehkan graduan membuat persediaan yang sewajarnya. Dan peperiksaan ulangan / kali ke 3 dan ke 4 dicadangakn akan diadakan pada bulan Jun 2012 dan Disember 2012. Suka dimaklumkan bahawa BEM memohon supaya semua kursus tambahan ini dapat diselesaikan pada tahun 2012. Ini bermakna bahawa selepas tahun 2012, tiada lagi peperiksaan serta perkara yang berkaitan dengan kursus tambahan bagi graduan 2007, 2008, 2009, 2010 dan 2011 yang akan dilaksanakan.

Semua peperiksaan akan dilaksanakan hanya di UniMAP. Sekiranya graduan memerlukan penginapan semasa peperiksaan ini, sila maklumkan kepada wakil PPK masing-masing untuk tindakan selanjutnya.

Maklumat lanjut mengenai peperiksaan ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

14 comments:

Anonymous said...

Semua peperiksaan hanya di unimap? Nasib baik aku dah lulus...

Anonymous said...

kenapa graduan 2011 pn kene amik topup? Unimap masih belum dpt pengiktirafan sepenuhnye ke?

eidadie said...

Tuan, Saya rasa ada typo error la...xkn nk suggest duduk ujian pd tarikh yg dh terlepas... bulan jan 2011

Anonymous said...

Begitu juga kepada graduan 2010 dan 2011 yang telah menduduki peperiksaan ini tetapi mendapat gred kurang dari C. Maka anda juga perlu menduduki peperiksaan ini semula untuk memperbaiki pencapaian. <--macam mana nak tahu gred???kan ada lulus gagal aje..pening2

Mr Asene ... said...

Kalau sijil tu tulis lulus dan gagal sahaja tgk yang tu sudah la, kalau gagal buat la sekali lagi.. Kalau yang ada tunjuk gred ABCDE refer la huruf tu.. Kalau bawah pada C ulang la lagi.. Yang tu pun nak pening ka, ape ke bangang la hang Anon 4/11.

Anonymous said...

Kalau sijil tu tulis lulus dan gagal sahaja tgk yang tu sudah la, kalau gagal buat la sekali lagi.. Kalau yang ada tunjuk gred ABCDE refer la huruf tu.. Kalau bawah pada C ulang la lagi.. Yang tu pun nak pening ka, ape ke bangang la hang Anon 4/11.
<--result mana ada gred ABCDE ..really stupid

Anonymous said...

aku dah dapat sijil GE kot brader..hahaha..TQ UNIMAP..terima kasih lah walaupun aku bkn suka sgt ngan UNIMAP ni..menyusahkan je..hahaha...

Anonymous said...

ada sket kemusykilan..knapa kmi intake diploma 2010/2011 kna amik exam sdangkn intake dri matric xperlu?dfahamkn kmi msih guna syllibus 2009/2010..knapa jdi mcmtu?

Daud said...

Yes,
Baru sekejap td aku call BEM, sijil Juruteraan Siswazah(GE) telah diposkan minggu lepas dan memang ada yang dah terima.. ape tunggu la, cepatlah mendaftar, jgn ragu2 lagi. orang lain boleh kenapa anda tidak?

Anonymous said...

Aku pun dah pos jgk last week & dah call BEM baru je kejap tadi..akak tu bgtau permohonan mmg dh tiada masalah sbb dh amik course top-up..maybe hujung bulan ni dah boleh dapat sijil GE..alhamdulillah..

Anonymous said...

Saya pun dah dapat sijil GE. Terima kasih UNIMAP. Cuma mohon tolong maklumkan MQA supaya bagi batch 2007 - 2009 ada.

Anonymous said...

Graduation Year : 2009
Received Date : 04/10/2011
Approved Date : 02/11/2011
Status : APPROVED APPLICATION
Certificate will be processed and send to your address within one month from the approval date.

emel dari BEM...tq kwn2 yg sama2 berjuang..kpd unimap...emm..tq jgkla

Anonymous said...

slm, adakah master topup ini HANYA diiktiraf setaraf ijazah pertama oleh EAC (MQA= Tahap 5) tetapi diiktiraf sbg Master oleh JPA ((MQA= Tahap 6)?
sekiranya EAC iktiraf ianya standard ijazah pertama & JPA/MQA still iktirafnya sbg Tahap >5, graduan UniMAP bertuah krn blh menjawat jawatan JPA yg mengkehendaki level MASTER spt skim M dan skim F..blh Dr. Zu beri jwpn?

Anonymous said...

unimap perlu tubuhkan satu jawatankuasa khas mennagani masalah alumni ini. apa salahnya unimap tubuhkan jawatankuasa dan bantu daripada duk mencanang-canagkan bahawawa unimap hebat tapi sebaliknya hampeh.. orang yang terinaya saja yang tahu...
saya sudah pun daftar sebagai graduate eng dah aprove pun. tapi bengang ngan unimap ni tak reda-reda sehingga ke hari ini....