Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Sukacita saya ingin mengingatkan semula kepada semua alumni UniMAP yang masih belum menduduki peperiksaan kursus tambahan, anda semua perlu mendudukinya bagi mebolehkan anda memohon sebagai Jurutera Siswazah. Begitu juga kepada alumni yang telah menduduki peperiksaan sebelum ini tetapi tiada keputusan dikeluarkan, sila berhubung dengan wakil PPK masing-masing untuk mendaftar semula kursus-kursus yang berkenaan.
Tarikh peperiksaan telah ditetapkan pada 28 - 29 Januari 2012 di UniMAP. Maklumat lanjut akan dikemaskini di blog ini untuk rujukan semua.
Dipohon kepada semua alumni untuk memaklumkan kepada rakan-rakan anda yang belum mengetahui mengenai pelaksanaan kursus ini untuk mereka mendaftar dan hadir menduduki peperiksaan ini. Kerjasama anda semua amat saya hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Yang benar,
Fauzi Baharom
Penolong Pendaftar
Bahagian Pengurusan Akademik
Pejabat Tim. Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
Tel:04-9798259
Faks:04-9798099
9 comments:
ada assignment atau tidak?
Kepada graduan 2007, 2008 dan 2009 yang kali pertama menduduki pperiksaan kursus tambahan ini, anda perlu mengemukakan kerja kursus sebagaimana yang diperlukan. Kerja kursus mewakili 40% dari markah keseluruhan. Kepada graduan yg pernah menduduki peperiksaan ini sebelum ini, kerja kursus TIDAK perlu dibuat. Namun anda boleh hubungi dengan pegawai di PTj masing-masing utk semakan status markah kerja kursus terdahulu.
Kepada graduan 2010 dan 2011, anda perlu mengemukakan kerja kursus.Ini kerja pembahagian markah adalah 60% peperiksaan dan 40% kerja kursus.
Walaubagaimana pun, graduan yang tidak mengemukakan kerja kursus, secara automatik dikira tidak melengkapkan kursus dan dikra gagal.
Sekian, harap maklum dan terima kasih.
Fauzi Baharom
Bhg Pengurusan Akademik
sedikit soalan kepada pihak yg arif, benarkah tanggapan bahawa pengiktirafan ini adalah penting untuk jawatan Jurutera. adapun utk memohon sebagai penjawat awam, degree kita tiada masalah. benarkah? ataupun sebenarnya samada penjawat awam atau pun jurutera, kedua2nya perlukan pengiktirafan?
jika ada lebih baik...
Hi Fauzi,
Saya pelajar graduan 2008 and ingin mengambil kursus tambahan ini, tetapi masa pepriksaan "crash" dengan schedule saya. Saya berada di US 2 bulan dari Jan hingga Mar 2012.
Selain tarikh tersebut, adakah tarikh lain untuk peperiksaan tersebut?
Thanks
Assalamualaikum,
saya dah daftar, dan juga sudah boleh login ke dalam elearning. di dalam sistem cuma ada assignment2 utk batch topup yg lepas.
1) jadi bilakah akan di upload assignment utk batch terbaru?
2) adakah assignment lama diguna pakai?
3) bilakah tarikh hantar assignment?
minta jika masih belum upload supaya dipercepatkan pemberian assignment. kurang 2 minggu lagi ni.
jika saya silap cara, minta tunjuk ajar di mana sepatutnya saya cari assignment/kerja kursus yg perlu dikemukakan.
Terima kasih.
salam nak tanya...jadual exam bila nak keluar?
minta piak tuan utk cepat keluarkn jadual examm tu nnt sebab kami yg jauh terpakse cari tempat penginapan dr sekarang.. harap maklummmm
mnta letakkan jadual peperiksaan secepat mungkin atas urusan utk permohonan cuti dr majikan
Post a Comment